Tibanya Aku Disini

Hari pertama melapor diri sebagai Guru GSST Pendidikan Khas di Sk Tun Dato Hj Mustapha pada 1 Mac 2010, Kudat sungguh mendebarkan, ehwalnya gerangan pertama kali memikirkan anak-anak yang bakal dididik itu bagaimana..?? Walaupun mempunyai sedikit pengalaman mengajar dari taska ke tingkatan enam, namun ini mesti berbeza untuk membantu mereka menjadi insan berilmu. Merekalah anak-anak istimewa yang perlu diperjuangkan arah tuju mereka pada masa akan datang.

Pertama kali melangkah masuk ke pintu pagar sekolah, aku terus menuju ke bilik guru besar, En Yusop Bin Abd. Wahab BSK. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai perkembangan sekolah dan peraturannya. Kemudian, beliau membawa saya ke Pejabat Am untuk diperkenalkan kepada staff di sana dan terus menuju ke Teratak Istimewa Sk Tun Dato Hj Mustapha, Pendidikan Khas. Di sana, aku diperkenalkan dengan penyelaras, Cik Salinah Bt Sairi dan guru-guru Pendidikan Khas Pn Rainah Bt Harsid, Pn Rubayan Bt Maralin, Pn Rohkini Bt Subonging, Pn Nurul Huda Lembut, Cik Susan Stephen, Cik En Alex B Selamat, En Dzuhardy B Amit dan Guru Pengurusan Murid iaitu Wiwiktina Alfrido dan Cristine Au.

Bermulalah kehidupanku sebagai guru di sini, mendidik insan istimewa ini supaya mereka mampu menentukan arah hidup mereka pada masa akan datang. Lalu, aku mendapat ilham untuk membuat blog ini untuk mengabadikan kenangan dan pengalamanku semasa berada di sini.
0 Responses

    Pendidikan Khas

    Visi

    Melahirkan individu, masyarakat dan golongan berkeperluan khas berilmu serta mempunyai keupayaan mencapai kesejahteraan diri dan kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Misi

    Menentukan pendidikan swasta berkualiti melalui perundangan, permudahcaraan serta perkhidmatan cemerlang.

    Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

    Guru Besar

    Guru Besar

    PK 1

    PK 1

    PK HEM

    PK HEM

    PK KOKUM

    PK KOKUM

    Penyelaras

    Penyelaras

    Guru-Guru Pendidikan Khas










    PPM



    Pakaian Hari Selasa

    Pakaian Hari Selasa

    Pakaian Hari Jumaat

    Pakaian Hari Jumaat

    Uji Minda

    Bahasa Isyarat Abjad

    Bahasa Isyarat Abjad

    Bahasa Isyarat Nombor

    Bahasa Isyarat Nombor

    Trafic

    web page visitor statistics

    i LOVE shcool