Showing posts with label Terapi. Show all posts
Showing posts with label Terapi. Show all posts

ADHD

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :

1. Kurang tumpuan
2. Hiperaktif
3. Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.
Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Tanda & gejala

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa :

1. Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
2. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
3. Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
4. Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
5. Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
6. Tidak berupaya mematuhi arahan
7. Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
8. Mudah hilang perhatian
9. Pelupa

B. Hyperaktif

Kanak-kanak sering :

1. Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
2.Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
3. Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
4. Bising waktu bermain
5. Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
6. Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)

Kanak-kanak akan :

1. Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
2. Tidak sabar menunggu giliran
3. Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

* Tambahan :

1. Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
2. Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
3. Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
4. Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
5. Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
6. Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

Komplikasi

1. ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
2. Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
3. Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan

Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

1. Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
2. Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul. Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
4. Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
5. Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
6. Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
7. Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
8. Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
9. Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Terapi kanak-kanak autisme

Cosmo yang diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh dan pengaktifan suara memberi harapan baru kepada kanak-kanak autisme.

ROBOT bernama Cosmo ini menjadi kawan hampir setiap hari kepada Kevin Fitzgerald yang berusia enam tahun. Kevin adalah seorang kanak-kanak yang berdepan dengan masalah gangguan tumbesaran.

Di dalam sebuah klinik di kawasan perumahan di Maryland, Amerika Syarikat, Kevin seakan-akan berasa ragu dengan usaha terbaru untuk merawat simptom-simptom autisme, serebral palsi dan pelbagai gangguan pembesaran menggunakan robotik serta komputer kerja.

Di klinik itu, dia duduk di atas sebuah kerusi untuk melihat robot setinggi setengah meter yang terletak di atas meja di hadapannya.

Sambil menekan empat butang berwarna terang berhampiran kaki robot tersebut, Kevin kemudian mengarahkan mesin itu berjalan ke arah monitor komputer. Sesekali, dia menjeling robot itu untuk mendapatkan semangat.

Kevin menunjukkan tanda-tanda awal mengalami masalah pembelajaran ketika berusia 18 bulan. Dia kemudiannya didiagnosis menghidap masalah tumbesaran dispraksia.

"Saya berasa seakan-akan mendapat strok. Otaknya berfungsi, cuma tubuhnya tidak melakukan apa yang mahu dibuatnya," ujar ibunya, Patty Fitzgerald.

Beberapa kemahiran tertentu seperti menyebut konsonan, memadankan sebab dan akibat atau memahami konsep relatif seperti apa yang lebih baik atau lebih cepat, menjadi amat sukar buat Kevin untuk menguasainya.

Tetapi pada tahun lalu, android kecil berwarna biru dan kuning bernama Cosmo itu menawarkan sedikit harapan.

Robot tersebut diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh, pengaktifan suara dengan panel empat butang itu meniru ciri kawalan. Cosmo turut direka untuk mengajar tingkah laku asas dan kemahiran fizikal.

Ia boleh melambaikan tangan, menyebut kembali frasa dan bergerak apabila ditekan. Cosmo juga berupaya menepuk tangan dan memberikan pembayang untuk membantu kanak-kanak menyempurnakan tugasan-tugasan khas.

Sebagai satu hasil kejuruteraan, Cosmo cukup ringkas. Ia cuma memiliki sembilan sambungan (sendi) yang boleh bergerak. Jumlah itu mungkin tidak mengujakan peminat robot.

Namun, potensi Cosmo untuk membantu kanak-kanak telah menarik perhatian pusat perubatan terkemuka di Minnesota, Mayo Clinic.

Para pengkaji menjalankan ujian perubatan fasa kedua untuk melihat sama ada robot itu mampu membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pergerakan atau serebral palsi. Ini termasuklah memusingkan pergelangan tangan dengan lebih cepat berbanding kaedah tradisional.

"Ia berjalan dengan baik," kata ahli terapi fizikal dari makmal biokimia dan analisis pergerakan di Mayo Clinic, Krista Coleman-Wood.

Memakai sarung tangan yang dipasang dengan alat pengesan, kanak-kanak diminta untuk membuat pergerakan yang meniru atau akan ditiru oleh Cosmo. Aktiviti itu sekali gus membina tisu-tisu otot dan meningkatkan perancangan motor tubuh.

Menurut Coleman-Wood, adalah terlalu awal untuk menyatakan jika kanak-kanak menunjukkan lebih banyak kemajuan dengan robot berbanding terapi fizikal tradisional. Namun, keseronokan sememangnya ada pada robot ini.

"Bayangkan mengangkat dan menggerakkan pergelangan tangan secara berulang kali akan membuatkan kanak-kanak mudah bosan. Dengan Cosmo, wujud hubungan kognitif," kata Coleman-Wood.

Pereka Cosmo berharap, kejayaan kajian itu akan membawa perubahan besar ke arah terapi yang dibantu oleh robot.

    Pendidikan Khas

    Visi

    Melahirkan individu, masyarakat dan golongan berkeperluan khas berilmu serta mempunyai keupayaan mencapai kesejahteraan diri dan kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Misi

    Menentukan pendidikan swasta berkualiti melalui perundangan, permudahcaraan serta perkhidmatan cemerlang.

    Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

    Guru Besar

    Guru Besar

    PK 1

    PK 1

    PK HEM

    PK HEM

    PK KOKUM

    PK KOKUM

    Penyelaras

    Penyelaras

    Guru-Guru Pendidikan Khas










    PPM



    Pakaian Hari Selasa

    Pakaian Hari Selasa

    Pakaian Hari Jumaat

    Pakaian Hari Jumaat

    Uji Minda

    Bahasa Isyarat Abjad

    Bahasa Isyarat Abjad

    Bahasa Isyarat Nombor

    Bahasa Isyarat Nombor

    Trafic

    web page visitor statistics

    i LOVE shcool