Terapi kanak-kanak autisme

Cosmo yang diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh dan pengaktifan suara memberi harapan baru kepada kanak-kanak autisme.

ROBOT bernama Cosmo ini menjadi kawan hampir setiap hari kepada Kevin Fitzgerald yang berusia enam tahun. Kevin adalah seorang kanak-kanak yang berdepan dengan masalah gangguan tumbesaran.

Di dalam sebuah klinik di kawasan perumahan di Maryland, Amerika Syarikat, Kevin seakan-akan berasa ragu dengan usaha terbaru untuk merawat simptom-simptom autisme, serebral palsi dan pelbagai gangguan pembesaran menggunakan robotik serta komputer kerja.

Di klinik itu, dia duduk di atas sebuah kerusi untuk melihat robot setinggi setengah meter yang terletak di atas meja di hadapannya.

Sambil menekan empat butang berwarna terang berhampiran kaki robot tersebut, Kevin kemudian mengarahkan mesin itu berjalan ke arah monitor komputer. Sesekali, dia menjeling robot itu untuk mendapatkan semangat.

Kevin menunjukkan tanda-tanda awal mengalami masalah pembelajaran ketika berusia 18 bulan. Dia kemudiannya didiagnosis menghidap masalah tumbesaran dispraksia.

"Saya berasa seakan-akan mendapat strok. Otaknya berfungsi, cuma tubuhnya tidak melakukan apa yang mahu dibuatnya," ujar ibunya, Patty Fitzgerald.

Beberapa kemahiran tertentu seperti menyebut konsonan, memadankan sebab dan akibat atau memahami konsep relatif seperti apa yang lebih baik atau lebih cepat, menjadi amat sukar buat Kevin untuk menguasainya.

Tetapi pada tahun lalu, android kecil berwarna biru dan kuning bernama Cosmo itu menawarkan sedikit harapan.

Robot tersebut diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh, pengaktifan suara dengan panel empat butang itu meniru ciri kawalan. Cosmo turut direka untuk mengajar tingkah laku asas dan kemahiran fizikal.

Ia boleh melambaikan tangan, menyebut kembali frasa dan bergerak apabila ditekan. Cosmo juga berupaya menepuk tangan dan memberikan pembayang untuk membantu kanak-kanak menyempurnakan tugasan-tugasan khas.

Sebagai satu hasil kejuruteraan, Cosmo cukup ringkas. Ia cuma memiliki sembilan sambungan (sendi) yang boleh bergerak. Jumlah itu mungkin tidak mengujakan peminat robot.

Namun, potensi Cosmo untuk membantu kanak-kanak telah menarik perhatian pusat perubatan terkemuka di Minnesota, Mayo Clinic.

Para pengkaji menjalankan ujian perubatan fasa kedua untuk melihat sama ada robot itu mampu membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pergerakan atau serebral palsi. Ini termasuklah memusingkan pergelangan tangan dengan lebih cepat berbanding kaedah tradisional.

"Ia berjalan dengan baik," kata ahli terapi fizikal dari makmal biokimia dan analisis pergerakan di Mayo Clinic, Krista Coleman-Wood.

Memakai sarung tangan yang dipasang dengan alat pengesan, kanak-kanak diminta untuk membuat pergerakan yang meniru atau akan ditiru oleh Cosmo. Aktiviti itu sekali gus membina tisu-tisu otot dan meningkatkan perancangan motor tubuh.

Menurut Coleman-Wood, adalah terlalu awal untuk menyatakan jika kanak-kanak menunjukkan lebih banyak kemajuan dengan robot berbanding terapi fizikal tradisional. Namun, keseronokan sememangnya ada pada robot ini.

"Bayangkan mengangkat dan menggerakkan pergelangan tangan secara berulang kali akan membuatkan kanak-kanak mudah bosan. Dengan Cosmo, wujud hubungan kognitif," kata Coleman-Wood.

Pereka Cosmo berharap, kejayaan kajian itu akan membawa perubahan besar ke arah terapi yang dibantu oleh robot.

0 Responses

    Pendidikan Khas

    Visi

    Melahirkan individu, masyarakat dan golongan berkeperluan khas berilmu serta mempunyai keupayaan mencapai kesejahteraan diri dan kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Misi

    Menentukan pendidikan swasta berkualiti melalui perundangan, permudahcaraan serta perkhidmatan cemerlang.

    Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

    Guru Besar

    Guru Besar

    PK 1

    PK 1

    PK HEM

    PK HEM

    PK KOKUM

    PK KOKUM

    Penyelaras

    Penyelaras

    Guru-Guru Pendidikan Khas










    PPM



    Pakaian Hari Selasa

    Pakaian Hari Selasa

    Pakaian Hari Jumaat

    Pakaian Hari Jumaat

    Uji Minda

    Bahasa Isyarat Abjad

    Bahasa Isyarat Abjad

    Bahasa Isyarat Nombor

    Bahasa Isyarat Nombor

    Trafic

    web page visitor statistics

    i LOVE shcool